Yaman tangguh rundingan damai

Yaman tangguh rundingan damai

KUWAIT, 18 Mei (NNN) – Kerajaan Yaman menangguhkan penyertaannya dalam rundingan dengan militan yang disokong oleh Iran semalam untuk kali kedua pada bulan ini, kata menteri luar, dalam halangan baru terhadap proses perdamaian yang disokong oleh PBB itu.

Abdulmalek al-Mikhlafi berkata di Twitter bahawa militan Syiah Houthi yang mengawal ibu negara telah “mempercepat rundingan,” dengan mengesan kembali komitmen mereka selepas rundingan sebulan.

“Saya telah meminta duta PBB supaya jangan membenarkan pemberontak membazir lebih banyak masa dan memujuk mereka supaya mematuhi isu rujukan sebelum kami meneruskan rundingan,” kata Mikhlafi, yang mengetuai rombongan kerajaan.

Kerajaan mahu Houthi mematuhi resolusi Majlis Keselamatan PBB yang mengarahkan mereka supaya menarik diri dari wilayah yang diduduki oleh mereka dalam satu serangan pada 2014 dan menyerah senjata berat yang dirampas oleh mereka.

Sumber yang rapat dengan kerajaan wan wakil pemberontak mengesahkan kepada AFP bahawa satu sesi yang dijadual diadakan pada pagi semalam telah dibatalkan selepas wakil kerajaan menarik diri.

Menteri Luar Yaman, Abdulmalek al-Mikhlafi ketika ditemu bual oleh para wartawan. – AP
Menteri Luar Yaman, Abdulmalek al-Mikhlafi ketika ditemu bual oleh para wartawan. – AP

Penarikan diri berlaku dua hari selepas duta khas PBB Ismail Ould Cheikh Ahmed berkata beliau berasa optimistik untuk mencapai satu penyelesaian aman di negara itu.

Kedua-dua wakil hampir-hampir memuktamadkan satu perjanjian untuk membebaskan separuh daripada tahanan dan banduan sebelum bermulanya bulan puasa Ramadan pada awal Jun.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan lebih daripada 6,400 orang telah terbunuh dan 2.8 juta kehilangan tempat tinggal di Yaman sejak Mac tahun lalu.

Satu halangan besar dalam rundingan di Bandar Kuwait adalah jenis kerajaan yang akan mengawal Yaman dalam tempoh peralihan.

Pemberontak mahu berkongsi kuasa dengan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi sementara wakilnya menegaskan beliau adalah pemimpin negara yang sah yang disokong oleh PBB.