Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan dari Bangladesh

Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan dari Bangladesh

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Okt – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, kelmarin, menerima kunjungan muhibah daripada rombongan beberapa orang ahli Jawatankuasa Tetap Parlimen di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Bangladesh, yang berlangsung di Dewan Majlis, Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat, di sini.

Mengetuai rombongan tersebut ialah Ahli Parlimen, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Parlimen di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Bangladesh, Puan Yang Terutama Dr. Dipu Moni.

Semasa kunjungan berkenaan, kedua-dua belah pihak telah bertukar-tukar pandangan dan membincangkan kerjasama yang boleh diwujudkan dalam mengukuhkan lagi hubungan dua hala.

Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman ketika menerima kunjungan Puan Yang Terutama Dr. Dipu Moni.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman ketika menerima kunjungan Puan Yang Terutama Dr. Dipu Moni.

ARTIKEL YANG SAMA