Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan delegasi Indonesia

Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan delegasi Indonesia

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Dis – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, kelmarin, telah menerima kunjungan daripada delegasi Dewan Perwakilan Daerah, Republik Indonesia di Bangunan Dewan Majlis.

Delegasi seramai 11 orang itu diketuai oleh Anggota Panmus Dewan Perwakilan Daerah, Republik Indonesia, Yang Berhormat Drs. Hardi Selamat Hood.

Hadir sama pada majlis itu ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar dan ahli-ahli MMN, Yang Berhormat Haji Gapor@Haji Mohd Daud bin Karim, Yang Berhormat Haji Jumat bin Akim, Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee bin Ahmad dan Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad.

pg03_151214_d

pg03_151214_e

pg03_151214_f

Kunjungan muhibah tersebut turut dihadiri oleh Duta Besar dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nurul Qomar.

Kunjungan tersebut merupakan peluang bagi kedua-dua belah pihak untuk bertukar-tukar pandangan dan pengetahuan di samping mengukuhkan lagi hubungan yang sedia ada.

ARTIKEL YANG SAMA