Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan Duta Besar Republik Korea

Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan Duta Besar Republik Korea

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Nov – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, hari ini, telah menerima kunjungan muhibah daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam Tuan Yang Terutama Cho Won-myung.

Turut hadir dalam majlis yang berlangsung di Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat, Jalan Dewan majlis, ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar, Timbalan Jurutulis MMN, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail serta beberapa orang pegawai Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat.

Kunjungan muhibah tersebut bertujuan untuk meningkatkan hubungan dua hala dan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak di samping membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama.

Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman menerima kunjungan muhibah daripada TYT Cho Won-myung.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman menerima kunjungan muhibah daripada TYT Cho Won-myung.

ARTIKEL YANG SAMA