Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan hormat

Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan hormat

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mei – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, hari ini, menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Craig Allen.

Majlis yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat itu, merupakan salah satu usaha ke arah meningkatkan lagi persefahaman antara kedua-dua buah negara.

TYT Craig Allen ketika membuat kunjungan hormat kepada Yang Di-Pertua MMN.
TYT Craig Allen ketika membuat kunjungan hormat kepada Yang Di-Pertua MMN.

ARTIKEL YANG SAMA