Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan hormat

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, telah menerima tiga kunjungan hormat daripada ketua-ketua perwakilan asing ke negara ini di Bangunan Dewan Majlis, Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat, hari ini.

    Yang Berhormat Yang Di-Pertua MMN telah menerima kunjungan hormat secara berasingan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Achmad Ubaedillah; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Vietnam ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Tran Anh Vu; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Xiao Jianguo.

    Semasa kunjungan hormat bersama TYT Dr Achmad Ubaedillah, kedua-dua pihak telah merakamkan rasa penghargaan atas hubungan persahabatan yang rapat dan lama terjalin dan berharap ianya akan sentiasa berkembang dan diperkukuhkan terutama sekali dalam bidang-bidang pertahanan, dan people-to-people exchanges.

    Begitu juga tenaga kerja penduduk negara Indonesia di Negara Brunei Darussalam dapat memperluaskan lagi peluang ekonomi terutamanya dalam bidang ekonomi halal yang mempunyai potensi untuk ditingkatkan dan diperkembangkan.

    Sementara itu, Negara Brunei Darussalam dan Republik Sosialis Vietnam juga mempunyai hubungan dua hala yang kukuh melalui lawatan-lawatan rasmi ketua-ketua negara dari kedua-dua pihak. Kedua-dua negara telah bersetuju meningkatkan lagi perkongsian komprehensif dalam pelbagai bidang termasuk bidang tenaga, people-to-people exchanges dan pelancongan.

    Dalam kunjungan hormat bersama dengan TYT Tran Anh Vu, kedua-dua pihak telah menyentuh kerjasama di antara MMN dan juga National Assembly of Vietnam melalui mesyuarat-mesyuarat yang dihadiri bagi membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama.

    Semasa kunjungan hormat bersama TYT Dr Xiao Jianguo, kedua-dua pihak juga menyentuh mengenai inisiatif negara China bagi Inisiatif Jalur dan Laluan dan negara China berharap matlamat yang dihasratkan dapat diselaraskan dalam sama-sama mencapai wawasan Brunei 2035.

    TYT Dr Xiao Jianguo juga menyatakan rasa kagum dengan penglibatan ahli-ahli MMN dalam memahami isu-isu akar umbi yang dapat dilihat melalui sesi-sesi lawatan seperti ke ladang-ladang dan tapak-tapak perusahaan negara dan juga melalui sesi muzakarah yang dihadiri ahli-ahli MMN.

    Semasa membincangkan peluang-peluang masa depan antara kedua-dua negara, MMN berharap dapat memberikan bantuan dan memfasilitasikan peluang-peluang berkenaan bagi sama-sama meningkatkan kemajuan dan hubungan kerjasama kedua-dua negara.

    Yang Berhormat Yang Di-Pertua MMN menerima kunjungan hormat daripada TYT Dr Achmad Ubaedillah di Bangunan Dewan Majlis, Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat, kelmarin. – Gambar serahan MMN
    Yang Berhormat Yang Di-Pertua MMN menerima kunjungan hormat daripada TYT Dr Xiao Jianguo kelmarin. – Gambar serahan MMN
    TYT Tran Anh Vu semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman. – Gambar serahan MMN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...