Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan hormat

Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan hormat

pg03_160113_a

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jan – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, hari ini, telah menerima kunjungan muhibah daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Laos ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Amphay Kindavong.

Kunjungan tersebut terus memperkukuhkan persahabatan dan hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Persahabatan dan hubungan baik kedua-dua pihak tersebut dapat dilihat daripada lawatan-lawatan yang telah diadakan di kedua-dua negara di kesemua peringkat.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar, Timbalan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail serta beberapa orang pegawai Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

ARTIKEL YANG SAMA