Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan muhibah

Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan muhibah

Oleh Sim Y. H.

Gambar oleh Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, hari ini, telah menerima kunjungan muhibah daripada Setiausaha Agung Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA), Yang Berhormat Periowsamy Otharam di Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat.

Turut hadir ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar; Ahli MMN, Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee bin Ahmad dan Timbalan Jurutulis MMN, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail.

Kunjungan muhibah itu dihasratkan untuk memperkukuh persahabatan dan hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Setiausaha Agung AIPA.

Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman ketika menerima kunjungan muhibah daripada Yang Berhormat Periowsamy Otharam.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman ketika menerima kunjungan muhibah daripada Yang Berhormat Periowsamy Otharam.

ARTIKEL YANG SAMA