Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan muhibah

Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan muhibah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Okt – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib hari ini menerima kunjungan muhibah daripada rombongan Persatuan China bagi Persefahaman Antarabangsa (CAFIU) yang berlangsung di Dewan Majlis, Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat, di sini.

Mengetuai rombongan CAFIU ialah Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Kebangsaan Rakyat China, Pengerusi Jawatankuasa Pusat Liga Demokratik China dan Naib Presiden CAFIU, Tuan Yang Terutama Zhang Baowen.

Turut hadir semasa kunjungan tersebut ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar, Timbalan Jurutulis MMN, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail serta beberapa orang pegawai dari Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat.

Kunjungan muhibah tersebut turut dihadiri oleh Duta Besar Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian dan beberapa orang pegawai dari kedutaan tersebut.

Semasa kunjungan tersebut, kedua belah pihak telah bertukar-tukar pandangan dan membincangkan kerjasama yang boleh diwujudkan dalam mengukuhkan lagi hubungan dua hala di antara kedua-dua pihak.

Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman menerima cenderahati daripada Tuan Yang Terutama   Zhang Baowen.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman menerima cenderahati daripada Tuan Yang Terutama Zhang Baowen.

ARTIKEL YANG SAMA