Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan

Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan

pg03_160414_a

pg03_160414_b

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib hari ini menerima kunjungan muhibah dua ketua perwakilan asing ke Brunei Darussalam iaitu Duta Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Meynardo Montealegre (atas kiri) dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai.

Kunjungan muhibah tersebut berlangsung secara berasingan dan menandakan hubungan dua hala dan kerjasama antara kedua-dua buah pihak.

Di samping itu, kedua-dua belah pihak juga bertukar-tukar pandangan mengenai hal-hal semasa yang berlaku di kedua-dua buah negara dan perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama. Turut hadir sama dalam kunjungan-kunjungan muhibah tersebut ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet & Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Timbalan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail serta beberapa orang pegawai Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat.

ARTIKEL YANG SAMA