Yang dinantikan dah tiba

Yang dinantikan dah tiba

UEFA EURO 2016 CONTEST FORM MP FA

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Peraduan teka semi finalis UEFA EURO 2016 atau ‘UEFA EURO 2016 Guess The Semi-Finalists Contest’ yang dinanti-nantikan dan menawarkan hadiah utama sebuah kereta Hyundai Creta, kini bermula dengan borang-borang penyertaan disiarkan dalam Media Permata dan Borneo Bulletin.

Para pembaca kini boleh mendapatkan borang-borang penyertaan mulai 2 hingga 23 Jun untuk menyertai pertandingan itu dengan membeli Media Permata dan Borneo Bulletin serta menjawab dan menghantarkannya sebelum 24 Jun jam 4:30 petang. Hanya borang asal sahaja yang diterima. Mengulas mengenai UEFA, Pengurus Besar Brunei Press Sdn Bhd, Reggie See berkata, bola sepak mempunyai ramai peminat di Brunei dan kerjasama antara Brunei Press dengan Setia Motors Sdn Bhd dan Makan Ceria Sdn Bhd, disokong pula dengan jenama global mereka yang teguh iaitu Hyundai dan McDonald’s, ia setentunya akan membantu empromosikan sukan bola sepak khususnya dalam kalangan belia di negara ini.

Sambil menyokong pembangunan bola sepak remaja di negara ini, beliau menyatakan harapan bahawa peraduan ‘UEFA EURO 2016 Guess The Semi-Finalists Contest’ ini akan menarik penyertaan lebih ramai peminat bola sepak dan orang ramai.

Pengurus Besar Setia Motor Sdn Bhd, James Chin pula berkata, pihaknya juga terlibat dalam peraduan yang sama sebelum ini dan berbangga atas kerjasama berterusan dengan Brunei Press untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang menyokong perkembangan bola sepak di negara ini.

Beliau juga berharap untuk terlibat dalam program-program seumpama ini demi kemajuan bola sepak dan ia adalah sebahagian daripada komponen strategi pemasaran global Hyundai.

Sementara itu Eksekutif Sumber Manusia Makan Ceria Sdn Bhd, Dayang Noor Hafilah Mohammad Saleh berkata, sebagai sebuah perbadanan global McDonald’s juga adalah penaja UEFA EURO 2016 dan bagi McDonald’s Brunei ini adalah peluang terbaik untuk menyumbang kepada masyarakat terutama dalam bidang sukan khususnya bola sepak.

 

ARTIKEL YANG SAMA