YASKA dihiburkan dengan Lego

YASKA dihiburkan dengan Lego

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mac – P-Nut’s Merchandise dengan kerjasama Pusat Membeli-belah Mabohai hari ini telah mengadakan Hari ‘Lego For A Cause’ bagi Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA) bertempat di pusat membeli-belah berkenaan, di sini.

Acara yang juga disokong oleh Brunei Usergroup Lego & Technic (BULAT), Brunei Fans of Lego (BruFol) dan Toy Santa bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran terhadap permainan Lego sebagai salah satu permainan yang boleh memupuk kreativiti minda bagi setiap individu di samping mengeratkan lagi hubungan kanak-kanak YASKA.

Selain itu juga, ia turut menyokong program kerajaan dalam memupuk pertumbuhan usaha tempatan untuk meningkatkan kualiti hidup di Brunei.

Acara pagi tadi itu menyaksikan kanak-kanak YASKA yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan dalam pertandingan membangun permainan lego yang tertinggi dan beberapa aktiviti menarik seperti sesi suai kenal dan ‘lego build’ dengan set-set lego yang ditaja oleh Lego, BULAT dan BruFol.

Antara kanak-kanak YASKA yang menyertai Hari Lego For A Cause.
Antara kanak-kanak YASKA yang menyertai Hari Lego For A Cause.
Permainan lego yang dipamerkan.
Permainan lego yang dipamerkan.