‘Yasmine’ di ASEAN Film Screening 2015

‘Yasmine’ di ASEAN Film Screening 2015

Oleh Norizan Murshid

 

KUALA LUMPUR – Perjalanan beribu-ribu batu “Yasmine” tidak akan berhenti. Setelah setahun sejak dilancarkan, Yasmine telah singgah di Kuala Lumpur pada 29hb Ogos 2015 yang baru lalu.

Filem terbitan Origin Film Sdn Bhd ini ditayangkan di Golden Screen Cinema di KL Pavilion dengan dihadiri oleh Penerbit Yasmine Khairuddin Kamaluddin, Pengarah – Siti Kamaluddin, Pengarah aksi – Chan Man Chin dan pelakon utama Yasmine- Liyana Yus.

Tayangan khas ini atas undangan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia ( FINAS Malaysia ) bersama sama dengan filem dari Negara Thai – “Pee Mak”, Pilipina – “Sonata dan Nuwebe”, Kemboja – “Combodian Son”, Indonesia –“Soekarno” dan Malaysia – “Terbaik Dari Langit”.

Kakitangan yang terlibat dalam filem Yasmine bersama YBHG Dato’ Kamil Othman, Ketua Pengarah of FINAS.
Kakitangan yang terlibat dalam filem Yasmine bersama YBHG Dato’ Kamil Othman, Ketua Pengarah of FINAS.

ARTIKEL YANG SAMA