‘Yassin’ ejen pemerdagangan di Wang Kelian

‘Yassin’ ejen pemerdagangan di Wang Kelian

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) – Pihak polis sedang menjejaki individu bernama ‘Yassin’ yang disyaki merupakan ejen sindiket pemerdagangan manusia di kawasan hutan Wang Kelian, Perlis, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bagi mencari kesemua suspek yang dipercayai terlibat dan tindakan lanjut akan diambil bagi membanteras sindiket sedemikian.

Tegasnya, polis juga tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana ejen, badan mahupun penguat kuasa yang didapati terlibat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Pemakaian Pangkat Pegawai-Pegawai Kanan Polis dan Terima Tugas Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) serta Pengerusi Perkep JIPS di sini hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA