Yates alu-alukan cabaran gunung LTdF

Yates alu-alukan cabaran gunung LTdF

PLUMELEC, Perancis, 13 Julai (AFP) – Pendaki kenit Adam Yates gembira kembali ke peringkat mendatar Jelajah Perancis (LTdF) dan bersedia untuk menawan Pyrenees.

Penunggang Orica-GreenEdge itu bergelut sepanjang minggu pertama Jelajah dengan beberapa peringkat mendatar dengan berbagai halangan seperti angin, hujan, batu buntar dan juga gelombang panas.

Tetapi Yates berkata dia sudah bersedia sepenuhnya apabila perlumbaan sampai ke pergunungan. “Saya gembira untuk melepasinya dan melakukannya, saya tidak suka peringkat mendatar.

“Ia bukanlah minggu yang sukar. Ia minggu paling mudah saya melakukannya. Ia hanya memberikan tekanan, anda tidak akan berada di depan kerana terlalu ramai orang cuba untuk berada di sana dan ia bukanlah mudah. Pergunungan adalah kepakaran saya.

“Anda tidak akan bergerak ke atas sepanjang masa (di atas peringkat mendatar), anda akan mendapati kira-kira 50 roda dan itulah jarak yang anda rasakan sehingga berada di sembilan lorong lebih rata dan terbuka.

Yates dan adik kembarnya Simon masing-masing berusia 22 tahun, dijangka menyerlah dalam peringkat pergunungan dan akan mencari peluang untuk berpecah untuk memenangi peringkat.

Kedua-duanya menunjukkan kecemerlangan sejak beberapa musim lalu dengan Simon selesai di tangga kelima Criterium du Dauphine dan Jelajah Basque Country dan di tempat keenam di Jelajah Romandie. Tahun lepas Adam memenangi Jelajah Turki dan juga berada di tempat keenam di Dauphine.

Adam juga berada di tangga ketujuh pada peringkat kelapan semalam, satu tempat di depan pendahulu Chris Froome. Pasukan dari Australia, Orica mengalami minggu pertama yang sukar apabila menyaksikan tiga penunggangnya tersingkir daripada Jelajah.

Ini bermakna mereka tiba pada ujian masa semalam dengan enam penunggang dan akan menentang sebahagian pasukan dengan sembilan pelumba.