Yaya kekal dengan Man City

Yaya kekal dengan Man City

LONDON, 29 Okt (AFP) – Yaya Toure mendedahkan bahawa dia hampir meninggalkan Manchester City pada jendela pemindahan lalu namun bertindak kekal di kelab itu kerana kesetiaan kepada Manuel Pellegrini.

Pemain tengah itu menjadi tonggak City untuk tampil menghuni kelompok teratas Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Toure membuat keputusan untuk setia kepada Pellegrini kerana jurulatih itu telah membantunya menghadapi detik sedih kematian adiknya iaitu Ibrahim.

Dalam sebuah buku berjudul ‘Kaedah Pellegrini’, Toure berkata,” saya kekal kerana Manuel. Dia sentiasa bercakap dengan saya, memberi saya ketenangan dan nasihat.

Yaya Toure. – AFP
Yaya Toure. – AFP

“Dia telah memberi saya kesedaran hidup di luar padang. Dia menjadi bapa kepada saya ketika menghadapi dugaan. Saya tidak berasa begitu dengan jurulatih lain.

“Sebelum musim ini, kesemua pemain telah berjanji dengannya untuk membaiki tahap kami.

“Kami perlu melakukannya untuk dia, diri sendiri dan penyokong. Kami perlu memenangi kejuaraan penting pada musim ini.”

ARTIKEL YANG SAMA