Yayasan adakan Majlis Kesyukuran Puja Usia

Yayasan adakan Majlis Kesyukuran Puja Usia

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Feb – Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) selaku Sekretariat Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-anak Yatim (DANA) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ke-42 Tahun.

Berkenan berangkat ke majlis berkenaan, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan.

Turut hadir ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Timbalan Pengerusi II, dan ahli-ahli Lembaga Pengarah Yayasan, para pegawai kanan, pegawai, dan kakitangan Yayasan.

Sembahyang fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Haji Awang Salim.
Sembahyang fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Haji Awang Salim.

Majlis dimulakan dengan solat Fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

Seterusnya, majlis diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan bertahlil beramai-ramai, berserta bacaan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia, sebelum diakhiri dengan solat Fardu Isyak berjemaah.