Yayasan akhiri dikir Maulud

Yayasan akhiri dikir Maulud

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Dis – Laungan gema selawat dan Dikir Maulud yang diadakan selama 12 malam berturut-turut berakhir semalam dengan majlis penutup dikir yang diadakan di semua masjid-masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara.

Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah juga tidak ketinggalan dalam mengadakan majlis serupa yang bertempat di masjid berkenaan di Kampung Bolkiah ‘A’, Mukim Sungai Kebun.

Hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Yayasan, Haji Brahim bin Haji Ismail. Turut hadir ialah pegawai-pegawai dan kakitangan serta penduduk Kampung Bolkiah ‘A’ dan Kampung Bolkiah ‘B.’

Majlis seumpamanya merupakan salah satu usaha bagi menanamkan rasa kasih dan cinta terhadap Rasulullah S.A.W serta memohon ganjaran teristimewa dan syafaat bagi orang-orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, di samping dapat membentuk jati diri individu muslim.

Haji Brahim (tengah) semasa menghadiri majli penutup dikir di Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, kelmarin.
Haji Brahim (tengah) semasa menghadiri majli penutup dikir di Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA