Yayasan bantu 30 lagi keluarga

Yayasan bantu 30 lagi keluarga

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 1 Julai – Sejumlah $41,230 telah disumbangkan kepada 30 buah keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan di beberapa buah kampung di Daerah Tutong oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) bersempena bulan Ramadan.

Mengetuai rombongan bagi lawatan kerja Projek Amal ini ialah Menteri Pendidikan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

Dalam lawatan kerja Projek Amal Yayasan itu, rombongan berkunjung ke enam buah lokasi pilihan bagi menyampaikan sumbangan bantuan tersebut yang melibatkan beberapa buah kampung di Daerah Tutong iaitu Kampung Lubok Pulau, Kampung Bukit Udal, Kampung Keramut Danau, Kampung Telisai, dan Kampung Penapar Danau.

Projek amal tersebut mengendalikan pengagihan sumbangan berbentuk kewangan, peralatan, barang keperluan asasi dan makanan. Yayasan turut memberikan sumbangan peralatan keperluan pesakit khusus bagi sebahagian penerima yang memerlukan.

Sumbangan dari Brunei Press Sdn Bhd yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi kepada salah seorang penerima.
Sumbangan dari Brunei Press Sdn Bhd yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi kepada salah seorang penerima.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyampaikan sumbangan kepada penerima-penerima di Kampung Bukit Udal.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyampaikan sumbangan kepada penerima-penerima di Kampung Bukit Udal.

pg03_160702_d

Antara wakil beberapa buah keluarga yang menerima sumbangan daripada Yayasan dan Brunei Press Sdn Bhd.
Antara wakil beberapa buah keluarga yang menerima sumbangan daripada Yayasan dan Brunei Press Sdn Bhd.

Selain daripada itu, Syarikat Brunei Press Sdn Bhd turut menghulurkan sumbangan sebanyak 400 kotak berisi konfeksi untuk para penerima yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan.

Tujuan projek amal ini diadakan adalah bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan dalam menyediakan keperluan keluarga di bulan Ramadan supaya mereka dapat menjalankan ibadah puasa dengan selesa dan sempurna di samping dapat menyediakan keperluan menjelangnya Hari Raya Aidilfitri nanti.

Projek itu turut dikendalikan dengan kerjasama rakan strategik Yayasan iaitu Persatuan Pacuan Empat Roda Brunei Darussalam (4WD NBD) dalam menyediakan pengangkutan.

ARTIKEL YANG SAMA