Yayasan bantu mangsa api

Yayasan bantu mangsa api

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April – Dua buah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran rumah di Kampung Pulaie baru-baru ini telah menerima sumbangan kewangan berjumlah $6,050 keseluruhannya daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan).

Sumbangan kepada ketua-ketua keluarga berkenaan telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Yayasan, Haji Brahim bin Haji Ismail pada majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Yayasan, Jalan Kumbang Pasang. Berikutan kejadian kebakaran yang berlaku pada malam 1 April 2016 lalu itu, kedua-dua buah keluarga kini terpaksa menumpang berteduh di rumah saudara mereka di Kampung Pulaie.

Salah seorang penghuni rumah berkenaan, Pengiran Aine bin Pengiran Haji Chuchu ketika di temu bual berkata, sebelum kejadian malang itu, beliau sedang bermain bola bersama kawan-kawannya. Sejurus masuk waktu Isyak beliau menerima panggilan daripada saudaranya yang memberitahu bahawa rumahnya mengalami kebakaran dan bergegas pulang kerana bimbang ibunya yang berada di rumah berkenaan.

Haji Brahim menyampaikan sumbangan Yayasan kepada mangsa kebakaran rumah di Kampung Pulaie.
Haji Brahim menyampaikan sumbangan Yayasan kepada mangsa kebakaran rumah di Kampung Pulaie.

Menurutnya lagi, punca kebakaran sudah dikenal pasti daripada sambungan elektrik dari rumah lama ke rumah bantuan sementara satu tahun. “Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Yayasan kerana berkesudian memberikan bantuan, dan dengan adanya bantuan ini Insya-Allah akan dapat meringankan beban seharian,” ujarnya.

Turut hadir menerima sumbangan kewangan ialah ibu Pengiran Aine, Hajah Rasiah.

ARTIKEL YANG SAMA