Yayasan beramal sebelum Ramadan

Yayasan beramal sebelum Ramadan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 16 Jun – Sebagai sebagian daripada projek amal menjelang bulan Ramadan, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) telah menghulurkan sumbangan barang keperluan kepada seorang ibu tunggal yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan, di sini, hari ini.

Penyampaian sumbangan kepada Dayang Emmielia Kartiena binti Ahmad Zaini di majlis yang berlangsung di kediamannya, disempurnakan oleh Pengarah Urusan Yayasan, Haji Ibrahim bin Haji Ismail.

Turut ialah Penolong Pengarah Urusan Yayasan, Hajah Donnaliza binti Abdullah Puasa, Penolong Pegawai Daerah Belait, Awang Hasmiron bin Haji Mohd Taib, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Mohd Yusof bin Dulamin dan Penghulu Mukim Belait, Haji Pungut bin Haji Ali.

Setelah suaminya meninggal dunia, Dayang Emmielia Kartiena menanggung lima orang anaknya dan tinggal di penempatan sementara di Barek 624B-6 Simpang 84-58-20 Jalan Singa Menteri Mumong.

Rombongan daripada Yayasan SHHB, penolong Pegawai Daerah, Ahli Majlis Mesyuarat Negara serta Penghulu Mukim Belait bergambar ramai dengan penerima sumbangan projek amal berkenaan.
Rombongan daripada Yayasan SHHB, penolong Pegawai Daerah, Ahli Majlis Mesyuarat Negara serta Penghulu Mukim Belait bergambar ramai dengan penerima sumbangan projek amal berkenaan.

Pada masa ini Dayang Emmielia tidak mempunyai sebarang pendapatan tetap selain hanya menerima bantuan kebajikan daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sumbangan berbentuk perkakas rumah, barang keperluan asasi dan makanan itu bertujuan dapat membantu keluarga itu dalam menyediakan keperluan menjelang bulan Ramadan supaya mereka sekeluarga dapat menjalankan ibadah puasa dengan selesa dan sempurna, di samping turut dihasratkan bagi menyuntik keceriaan keluarga berkenaan dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

ARTIKEL YANG SAMA