Yayasan beri sumbangan sempena Maulidur Rasul

Yayasan beri sumbangan sempena Maulidur Rasul

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) selaras dengan dasar dan tujuannya dalam mempertingkatkan syiar Islam di negara ini, telah menyampaikan sumbangan berjumlah $37,950 keseluruhannya kepada sebanyak 45 buah masjid, surau dan balai ibadat di seluruh Negara.

Majlis penyampaian sumbangan berkenaan berlangsung di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Hadir untuk menyampaikan sumbangan kepada imam-imam masjid, surau dan balai ibadat di majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan Yayasan, Haji Brahim bin Haji Ismail.

Haji Brahim ketika menyampaikan sumbangan kepada salah seorang imam.
Haji Brahim ketika menyampaikan sumbangan kepada salah seorang imam.

Di majlis itu, sebanyak 45 buah masjid, surau dan balai ibadat dari seluruh negara menerima sumbangan kewangan khusus bagi mengadakan majlis atau kegiatan sempena Maulidur Rasul bagi tahun 1438H/2016M.

Bagi Daerah Brunei dan Muara, sebanyak 17 buah masjid, surau dan balai ibadat menerima sumbangan berjumlah $15,450, Daerah Tutong pula sebanyak 15 buah menerima sumbangan berjumlah $11,550, Daerah Belait pula empat buah yang menerima sumbangan berjumlah $3,000 dan Daerah Temburong sebanyak sembilan buah dan menerima sumbangan berjumlah $7,950.

ARTIKEL YANG SAMA