Yayasan bertahlil di Kubah Makam Diraja

Yayasan bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Bersempena dengan bulan Ramadan yang mubarak ini, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) pagi tadi mengadakan Majlis Membaca Yasin dan Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja.

Berkenan berangkat ke majlis itu, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, selaku Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan.

Keberangkatan Yang Teramat Mulia dijunjung oleh ahli Jemaah Tadbir Yayasan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman; Timbalan Pengerusi I Lembaga Pengarah Yayasan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; dan Timbalan Pengerusi II Lembaga Pengarah Yayasan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan berkenan menjirus air asah-asahan ke makam Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien pada Majlis Membaca Yasin dan Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja kelmarin.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan berangkat ke majlis tahlil itu.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan berangkat ke majlis tahlil itu.

pg05_160615_b

Bacaan Tahlil diketuai oleh Yang Dimuliakan Pehin Ustaz Haji Awang Suhaili.
Bacaan Tahlil diketuai oleh Yang Dimuliakan Pehin Ustaz Haji Awang Suhaili.

Kira-kira 150 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Lembaga Pemegang Amanah DANA, para pegawai dan kakitangan Yayasan, guru-guru sekolah serta penduduk Rancangan Perumahan Kampung Bolkiah ‘A’ dan Kampung Bolkiah ‘B’ menghadiri majlis berkenaan yang merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan Yayasan di bulan Ramadan.

Pada majlis itu, bacaan Tahlil telah dipimpin oleh Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin.

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Malik juga berkenan menjirus air asah-asahan ke makam Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien lindung pada 3 Muharam 1407 Hijriah bersamaan dengan 7 September 1986 Masihi dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit lindung pada 20 Syawal 1399 Hijriah bersamaan dengan 13 September 1979 Masihi.

ARTIKEL YANG SAMA