Yayasan bertahlil di Kubah

Yayasan bertahlil di Kubah

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) hari ini berkenan berangkat ke Majlis Bertahlil bagi Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

Majlis berkenaan yang berlangsung di Kubah Makam Diraja di sini merupakan acara tahunan anjuran YSHHB di bulan Ramadhan yang melibatkan warga YSHHB serta guru-guru Sekolah Yayasan.

Bacaan tahlil dipimpin Timbalan Mufti Kerajaan, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili Haji Mohiddin.

Turut menyertai majlis itu adalah Ahli-ahli Jemaah Tadbir Yayasan antaranya Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Abdul Aziz bin Juned.

Juga hadir ke majlis itu Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi Haji Osman, Timbalan Pengerusi 1 Pengarah Yayasan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdula Rahman bin Haji Ibrahim.

pg01_150711_a

YTM Pengiran Muda Abdul Malik semasa berangkat ke Majlis Bertahlil di Kubah Makan Diraja kelmarin.
YTM Pengiran Muda Abdul Malik semasa berangkat ke Majlis Bertahlil di Kubah Makan Diraja kelmarin.
Ahli-ahli Jemaah Tadbir dan Lembaga Pengarah Yayasan semasa majlis bertahlil itu.
Ahli-ahli Jemaah Tadbir dan Lembaga Pengarah Yayasan semasa majlis bertahlil itu.

Turut serta dalam majlis tahlil tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah; ahli-ahli Lembaga Pengarah, pegawai-pegawai kanan kerajaan, kakitangan Yayasan serta penduduk Kampung Bolkiah A dan Kampung Bolkiah B.

ARTIKEL YANG SAMA