Yayasan Maybank perluas program R.I.S.E. ke Labuan

Yayasan Maybank perluas program R.I.S.E. ke Labuan

LABUAN, 25 Sept – Yayasan Maybank memperluaskan program keusahawanannya, R.I.S.E. (Reach Independence & Sustainable Entrepreneurship) ke Labuan, dengan sasaran untuk membina kemampuan orang kurang upaya di pulau itu melalui latihan dan program mentor berstruktur.

R.I.S.E., antara program utama yayasan di bawah teras memperkasa komuniti, bertujuan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik berdikari dari segi kewangan dan aktif dalam masyarakat.

Setakat ini, program berkenaan telah memberi manfaat kepada lebih 1,300 peserta, termasuk kira-kira 1,100 di Malaysia dan kira-kira 200 di Indonesia, menurut Yayasan Maybank dalam satu kenyataan di sini.

Purata pendapatan setiap peserta meningkat lebih 350 peratus bagi mereka yang telah menjalani latihan keusahawanan, dengan peserta diberikan pinjaman mikro oleh Maybank untuk meningkatkan perniagaan dan pendapatan mereka. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA