Yayasan Maybank perluaskan Program R.I.S.E ke Sabah

Yayasan Maybank perluaskan Program R.I.S.E ke Sabah

KOTA KINABALU, 23 Mei (Bernama) – Yayasan Maybank hari ini memperluaskan program tanggungjawab korporatnya yang dikenali ‘Reach, Independence and Sustainable Entrepreneurship’ (R.I.S.E) ke Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif, Shahril Azuar Jimin berkata program itu bertujuan membangunkan keupayaan ekonomi 200 individu dari golongan kurang upaya di Sabah melalui program latihan dan pembimbing berstruktur.

“Yayasan Maybank bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat Am Sabah dan pelbagai organisasi kebajikan yang lain seperti Sabah Cheshire Home dalam mengenal pasti peserta yang sesuai untuk program ini.

“Kami yakin dengan membantu semua segmen masyarakat untuk berdikari dari segi kewangan sekali gus memastikan kemakmuran dan kemapanan masyarakat secara keseluruhannya,” katanya semasa pelancaran program itu diPerpustakaan Negeri di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Maybank Wilayah Sabah, Liew Kui Choi berkata program R.I.S.E merupakan usaha Maybank untuk mengukuhkan penglibatan orang kurang upaya (OKU) dalam bidang keusahawanan.

ARTIKEL YANG SAMA