Yayasan prihatin nasib pelajar

Yayasan prihatin nasib pelajar

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 12 Feb – Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) terus prihatin nasib pelajar kurang berkemampuan di negara ini dengan mengungkayahkan Projek Kelas Tuisyen di bawah Program Intervention Pendidikan (PIP) di seluruh daerah.

Sehubungan itu, taklimat PIP dan motivasi telah diadakan di pusat pertama Daerah Tutong di Sekolah Menengah Sufri Bolkiah pagi tadi yang melibatkan 73 pelajar yang dikenalpasti dan turut dihadiri oleh ibu bapa, penjaga dan keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan berhampiran Pekan Tutong.

Pada sebelah petang pula, taklimat PIP dan motivasi diteruskan di pusat kedua Daerah Tutong iaitu di Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha yang melibatkan 64 orang pelajar yang bersekolah di kawasan pedalaman dan dihadiri oleh ibu bapa serta penjaga masing-masing.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah Yayasan, Haji Awang Mohammad Hanafi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman selaku tetamu kehormat majlis, pada tahun ini seramai 138 pelajar telah dikenalpasti bagi mengikuti kelas tuisyen yang akan beroperasi di kedua-dua buah pusat itu di Daerah Tutong.

Haji Awang Mohammad Hanafi menyampaikan ucapan pagi kelmarin di Sekolah Menengah Sufri Bolkiah.
Haji Awang Mohammad Hanafi menyampaikan ucapan pagi kelmarin di Sekolah Menengah Sufri Bolkiah.
Acara pagi kelmarin diisi dengan penerangan mengenai projek kelas tuisyen PIP Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah oleh Guru Besar Sekolah Rendah YSHHB, Awang Alimas.
Acara pagi kelmarin diisi dengan penerangan mengenai projek kelas tuisyen PIP Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah oleh Guru Besar Sekolah Rendah YSHHB, Awang Alimas.
Ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga pelajar yang hadir.
Ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga pelajar yang hadir.

Menurutnya lagi, salah satu inisiatif Yayasan mengadakan program ini ialah untuk memberikan bimbingan rapi kepada anak-anak yang dikenalpasti dan anak-anak daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan dalam bidang akademik.

Selain itu, tujuan yang lain adalah untuk memastikan anak-anak dari keluarga yang dikenalpasti dapat meneruskan pengajian dengan sempurna hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Taklimat telah disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Alimas bin Haji Mohd Ali.

Acara diteruskan lagi dengan ceramah motivasi daripada Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Pemangku Penolong Pengarah Ketua bahagian Kaunseling dan Bakat Kerja, Haji Ali Yusri bin Abdul Ghafor.

Program ini akan diadakan pada setiap Ahad bermula 21 Februari ini sehingga penghujung bulan September ini, yang akan membantu pelajar-pelajar meningkatkan prestasi pelajaran mereka nanti.

ARTIKEL YANG SAMA