Yayasan sambut Hari Keluarga

Yayasan sambut Hari Keluarga

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Hari Keluarga Kebangsaan di negara ini adalah satu pengiktirafan terhadap kepentingan peranan institusi keluarga yang kukuh dan harmoni dalam pembentukan sebuah masyarakat yang berdaya tahan dan berdaya maju.

Sehubungan dengan itu, bagi menyemarakkan lagi sambutan tahun ini, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), hari ini, telah mengadakan aktiviti Hari Keluarga yang berlangsung di plaza tengah Kompleks Yayasan di ibu negara, yang bermula pukul 8 pagi sehingga 7 malam.

Aktiviti ini dibukakan kepada orang ramai dengan menyediakan pelbagai aktiviti dan hiburan menarik sesuai bagi seisi keluarga, seperti senamrobik dan zumba, bouncer, maskot, pertandingan mewarna, melukis muka dan inai, snookball, bubble football, tulisan kaligrafi Islam, pertandingan Tamiya, pertunjukan binatang peliharaan, jualan makanan dan minuman, serta bermacam-macam lagi.

Aktiviti mewarna bagi kanak-kanak.
Aktiviti mewarna bagi kanak-kanak.
Pameran binatang peliharaan turut diadakan.
Pameran binatang peliharaan turut diadakan.

ARTIKEL YANG SAMA