Yayasan tawar Promosi Beli dan Menang

Yayasan tawar Promosi Beli dan Menang

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Dis – Dengan kehadiran tahun baru 2016 dan kesibukan membuat persiapan anak-anak kembali ke sekolah serta bersempena dengan jualan istimewa Brunei Salebration 2015, gedung-gedung perniagaan secara lazimnya me-ngambil peluang untuk menarik lebih ramai pelanggan dengan mengadakan promosi besar-besaran dan jualan istimewa bagi memeriahkan lagi acara itu.

Dalam hubungan itu, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) juga tidak ketinggalan mengadakan Promosi Beli dan Menang yang bermula 7 Disember lalu hingga 8 Februari bagi menggalakkan orang ramai untuk berkunjung serta membeli-belah di sana.

Bagi promosi itu, orang ramai yang berkunjung dan membeli-belah di kedai-kedai yang terdapat di Kompleks Yayasan berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan sebanyak 150 hadiah menarik untuk dimenangi.

Penyampaian hadiah bagi promosi istimewa itu diadakan dua kali iaitu Januari dan Februari nanti.

Bagi memeriahkan lagi acara itu, Kompleks Yayasan turut mengadakan Karnival Mini selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Januari, yang bukan sahaja akan mengetengahkan pelbagai gerai jualan tetapi juga diserikan dengan pelbagai kegiatan menarik termasuk bouncer, inai, snookball dan pertunjukan haiwan kesayangan.

Karnival mini itu dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula pukul 2 petang hingga 9 malam pada 1 Januari, manakala pada 2 dan 3 Januari pula bermula pukul 10 pagi hingga 9 malam.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk berkunjung ke karnival mini itu dan mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan yang sesuai untuk seisi keluarga serta bersantai bersama keluarga sambil membelibelah.

ARTIKEL YANG SAMA