Yayasan terus bantu golongan susah

Yayasan terus bantu golongan susah

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) meneruskan amal bakti sempena bulan Ramadan untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan dalam menyediakan keperluan mereka pada bulan yang mulia ini supaya mereka dapat menjalankan ibadah puasa dengan selesa dan sempurna.

Rombongan lawatan kerja Projek Amal Sempena Ramadan ini diketuai oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan.

Semasa lawatan kerja itu, sebanyak $34,250 disumbangkan kepada Masjid Kampung Sungai Teraban dan juga 32 buah keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan di beberapa buah kampung di Daerah Belait.

Sumbangan berupa pembersih vakum dan pembersih jet air untuk Masjid Kampung Sungai Teraban diserahkan kepada imam masjid berkenaan, Haji Omarali bin Haji Husain.

Yang Berhormat Pehin menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang dikenal pasti sebagai keluarga kurang berkemampuan.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang dikenal pasti sebagai keluarga kurang berkemampuan.

pg03_160622_a

pg03_160622_c

Lawatan kerja itu diteruskan dengan mengendalikan pengagihan sumbangan berbentuk kewangan, barang keperluan asasi dan makanan kepada 32 buah keluarga yang telah dikenal pasti hasil daripada kaji selidik yang telah dijalankan sebelum ini oleh Yayasan dengan kerjasama Jabatan Daerah Belait, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Projek lawatan kerja amal hari ini dikendalikan dengan kerjasama rakan strategik Yayasan iaitu Persatuan Pacuan Empat Roda Brunei Darussalam (4WD NBD) dalam menyediakan pengangkutan.

Projek seumpama ini telah bermula di Daerah Temburong pada 15 Jun lalu dan akan dilaratkan ke Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Tutong yang akan dilaksanakan semasa bulan Ramadan ini.

Turut serta dalam rombongan ini ialah Pengarah Urusan Yayasan, Haji Brahim bin Haji Ismail; Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Haji Othman; Penolong Pegawai Daerah Belait, Awang Hasmiron bin Haji Mohd Taib; Ketua Kampung Sungai Teraban, Awang Mohd Mersidi bin Haji Mohd Shara; pegawai-pegawai kerajaan serta pegawai dan kakitangan Yayasan.

ARTIKEL YANG SAMA