YDP MMN bertemu Naib Presiden India

YDP MMN bertemu Naib Presiden India

Oleh Pg Fairol RMF & Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, petang tadi, telah mengadakan perjumpaan dengan Naib Presiden Republik India, Tuan Yang Terutama Dr. Mohammad Hamid Ansari.

Perjumpaan yang berlangsung di Bilik Persidangan The Empire Hotel & Country Club itu menandakan persahabatan dan hubungan dua hala yang lama terjalin antara kedua-dua buah negara.

Selain itu, ia juga merupakan peluang bagi kedua-dua pihak untuk membincangkan hal-hal yang menjadi keprihatinan bersama.

Hadir sama ialah Ahli Majlis Mesyuarat Diraja dan Ahli MMN, Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Yang dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar, dan ahli-ahli MMN yang lain, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Haji Yaakub bin Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka Haji Zainal, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Salbiah binti Haji Sulaiman, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Abdullah bin Haji Mohd Ja’afar, Yang Berhormat Haji Jumat bin Akim serta Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee bin Ahmad.

pg04_160203_b

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman mengadakan perjumpaan bersama Tuan Yang Terutama Dr. Mohammad Hamid Ansari di The Empire Hotel & Country Club, semalam.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman mengadakan perjumpaan bersama Tuan Yang Terutama Dr. Mohammad Hamid Ansari di The Empire Hotel & Country Club, semalam.

Yang Di-Pertua MMN telah diundang melawat India untuk mengetuai satu delegasi tahun ini, menurut Setiausaha (Timur), Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri India, Anil Wadhwa semasa sidang akhbar.

ARTIKEL YANG SAMA