YDP MMN terima kunjungan muhibah

YDP MMN terima kunjungan muhibah

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Sept – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, hari ini, telah menerima kunjungan muhibah daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Biravij Suwanpradhes.

Majlis yang diadakan di Bangunan Dewan Majlis itu turut dihadiri oleh Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar, Timbalan Jurutulis MMN, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail serta beberapa orang pegawai Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat.

Pada kunjungan muhibah tersebut, kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pandangan mengenai hal-hal yang menjadi kepentingan dan keprihatinan bersama.

Kedua-dua belah pihak juga berbincang mengenai hubungan dua hala dan kerjasama yang ada di antara kedua-dua negara serta langkah-langkah kerjasama lain yang boleh diwujudkan pada masa hadapan.

Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman ketika menerima kunjungan muhibah Biravij Suwanpradhes.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman ketika menerima kunjungan muhibah Biravij Suwanpradhes.

ARTIKEL YANG SAMA