YDP MMN terima kunjungan muhibah

YDP MMN terima kunjungan muhibah

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, hari ini, menerima kunjungan muhibah daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman di Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat Negara.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar dan Timbalan Jurutulis MMN, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail.

Kunjungan muhibah itu dihasratkan untuk memperkukuh persahabatan dan hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.

Persahabatan dan hubungan yang erat di antara kedua-dua buah negara sahabat itu dapat disaksikan melalui lawatan-lawatan yang telah diadakan di kedua-dua buah negara di semua peringkat.

Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman ketika menerima kunjungan muhibah daripada TYT Datuk Ghulam Jelani. – Gambar oleh Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat Negara
Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman ketika menerima kunjungan muhibah daripada TYT Datuk Ghulam Jelani. – Gambar oleh Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat Negara