YEAB memeduli murid memerlukan

YEAB memeduli murid memerlukan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Julai – Usahawan muda tempatan tidak melepaskan peluang untuk menghulurkan bantuan kepada murid-murid sekolah yang memerlukan di Temburong melalui sumbangan derma peralatan sekolah dan makanan yang diadakan di Dewan Pusat Belia dan Sukan, Daerah Temburong, baru-baru ini.

Usahawan-usahawan muda tempatan berkenaan terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif dan Persatuan Usahawan Muda Brunei (YEAB) yang menyumbangkan peralatan sekolah dan makanan sebagai sebahagian inisiatif kebajikan tahunan persatuan tersebut, iaitu Basket Brigade bagi membantu murid-murid yang memerlukan.

Hadir semasa majlis berkenaan dan menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada seramai 12 orang murid ialah Presiden YEAB, Del Goh.

Naib Presiden YEAB, Hajah Norlela binti Haji Awang Buang dalam kata alu-aluannya di majlis itu menyatakan bahawa, kegiatan kebajikan tahunan berkenaan bermatlamat untuk memberikan sokongan kepada para murid-murid yang diraikan khususnya dalam memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Persatuan berkenaan yang ditubuhkan pada 2000 mempunyai kira-kira 40 orang ahli terdiri daripada usahawan muda tempatan yang bermatlamat untuk menyediakan platform bagi menjalinkan rangkaian serta komuniti sokongan dalam menggalakkan kegiatan keusahawanan tempatan.

Del Goh bergambar-ramai dengan para murid-murid yang menerima sumbangan di majlis berkenaan.
Del Goh bergambar-ramai dengan para murid-murid yang menerima sumbangan di majlis berkenaan.

p03-2_20150724

Del Goh bersama para murid yang menerima sumbangan di majlis itu.
Del Goh bersama para murid yang menerima sumbangan di majlis itu.

ARTIKEL YANG SAMA