Yelena terlepas GP Rusia

Yelena terlepas GP Rusia

MOSCOW, 11 Feb – Juara lompat bergalah Olimpik dua kali, Yelena Isinbayeva terpaksa berehat selama empat minggu berikutan kecederaan di kakinya.

Isinbayeva yang juga juara Olimpik 2004 dan 2008 baru sahaja kembali menyertai pertandingan buat kali pertama Sabtu lalu selepas melahirkan anak perempuannya pada Jun 2014.

Dia terpaksa menarik diri daripada Grand Prix Rusia yang diadakan di kampung halamannya, Volgograd, selepas mengalami kecederaan betis. “Saya bernasib baik kerana ia tidaklah seteruk seperti yang saya jangkakan,” kata atlet berusia 33 tahun itu menerusi laman web Persekutuan Olahraga Rusia ((www.rusathletics.com).

“Ini bermakna saya tidak memerlukan sebarang pembedahan jadi saya hanya perlu melalui proses yang biasa sahaja untuk sembuh seperti sedia kala dan mungkin ia akan mengambil masa selama empat minggu.

“Pastinya saya terlepas aksi pada musim sejuk, tetapi saya berharap dapat kembali pada musim panas nanti,” katanya.

Pemenang pingat emas lompat bergalah Olimpik, Yelena Isinbayeva kini terpaksa berehat selama empat minggu berikutan kecederaan di kakinya. – Reuters
Pemenang pingat emas lompat bergalah Olimpik, Yelena Isinbayeva kini terpaksa berehat selama empat minggu berikutan kecederaan di kakinya. – Reuters

Hasrat Isinbayeva untuk bertanding pada Olimpik tahun ini lebur selepas Russia digantung daripada aksi olahraga antarabangsa November lalu berikutan tuduhan membabitkan isu doping seperti yang dilaporkan Agensi Anti Doping Dunia (WADA). Pengerus Persekutuan Olahraga Rusia yang baru, Dmitry Shlyakhtin, berkata keutamannya buat masa ini ialah membantu atlet negara terbabit layak ke sukan Olimpik yang akan diadakan di Rio de Janeiro, Ogos nanti. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA