Yeleussinov menangi tinju welterweight

Yeleussinov menangi tinju welterweight

RIO DE JANEIRO, 18 Ogos – Daniyar Yeleussinov dari Kazakhstan menewaskan Shakhram Giyasov dari Uzbekistan bagi memenangi pingat emas tinju welterweight, Olimpik semalam dalam pertarungan tinju Asia Tengah di Rio.

Kejayaan itu lebih manis bagi petinju Kazakhstan, kuasa utama dalam tinju amatur, selepas Vassiliy Levity dikalahkan dalam heavyweight pada Isnin lalu dalam keputusan mata yang kontroversi.

Yeleussinov memenangi mata sebulat suara, dengan Soulemane Cissokho dari Perancis dan Mohammed Rabii dari Maghribi masing–masing memenangi pingat gangsa. Sekumpulan kecil penyokong Kazakhstan meraikannya dan Yeleussinov berarak di sekitar arena dengan bendera biru negara itu dibahunya.

pg24_160819_olympic logo

Aksi Daniyar Yeleussinov (kiri) semasa menentang Shakhram Giyasov dalam acara welterweight 69 kg tinju lelaki akhir di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. – AP
Aksi Daniyar Yeleussinov (kiri) semasa menentang Shakhram Giyasov dalam acara welterweight 69 kg tinju lelaki akhir di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. – AP

Pusingan pertama menyaksikan Giyasov ketika dia menghendap musuhnya disekitar gelanggang, pada yang sama melepaskan lengannya seperti berjalan ditaman.

Pengadil kemudian naik berang dan memberitahunya untuk mengangkat tangannya ketika Giyasov, 23, cuba untuk menjejaskan juara Asia dengan sebahagian tumbukan.

Yelessinov, 25, mengalami kesukaran dalam kemenangan separuh akhir ke atas Cisso-kho- -pertarungan dihentikan kerana kecederaan teruk dan berada dalam kad, dengan petinju Kazakh didepan dengan mata. – AFP