Yen berada tahap tertinggi

Yen berada tahap tertinggi

TOKYO, 4 Jan (AFP) – Hari ini yen berada pada tahap tertinggi berbanding dolar sejak Oktober ketika para pedagang memasuki unit itu disebabkan ketegangan meningkat di Timur Tengah.

Arab Saudi telah memutuskan hubungan diplomatik dengan musuh lamanya Iran semalam selepas para pembantah menggeledah kedutaannya di Tehran dalam respons terhadap pelaksanaan hukuman ke atas orang agama Syiah.

Perkembangan itu adalah terbaru menaikkan kemarahan rantau itu dan menambah senarai berita negatif yang menjejaskan pasaran dunia tahun lalu, termasuklah kemelesetan ekonomi China, kejatuhan harga minyak dan kelembapan pertumbuhan sejagat.

‘Kebanyakan pelabur menjangka ketegangan antara Iran dan Arab Saudi akan dibendung dan terhad,’ Win Udomrachtavanich, ketua pegawai eksekutif di One AssetManagement, memberitahu Bloomberg News. ‘Masih, ia menjadi risiko besar bagi pasaran kewangan hari ini.’

Yen kerap dilihat sebagai pelaburan terjamin pada ketika ketidakpastian ekonomi dan geopolitik. Di Tokyo, dolar jatuh kepada 119.44 yen, tahap terendahnya dalam tempoh lebih dua bulan, dan menurun dari 120.57 yen di New York lewat Jumaat.

Euro juga jatuh kepada 130.06 yen dari 131.59 yen, ketika ia naik kepada $1.0894 dari $1.0855 dalam dagangan AS. Data lemah pengilangan China menjejaskan dolar Australia yang jatuh 1.22 peratus berbanding unit AS, sementara dolar New Zealand turun 1.85 peratus.

ARTIKEL YANG SAMA