Yesung diet demi filem ‘My Korean Teacher’

Yesung diet demi filem ‘My Korean Teacher’

AKTOR Yesung mendedahkan mengamalkan diet yang agak ketat kerana ingin tampil kurus dan menarik dalam filem terbarunya yang sedang ditayangkan iaitu My Korean Teacher.

Yesung berkata, dia hanya makan malam tujuh kali sahaja tahun ini gara-gara diet berkenaan.

Tambahnya, perkara itu juga membuatkan ibunya berasa bimbang jika kesihatannya terjejas.

“Ibu saya terlalu bimbang kerana gaya pemakanan saya, dia takut jika saya jatuh sakit kerana tidak makan.

Yesung mendedahkan mengamalkan diet yang agak ketat kerana ingin tampil kurus dan menarik.
Yesung mendedahkan mengamalkan diet yang agak ketat kerana ingin tampil kurus dan menarik.

“Namun, saya sudah membuktikan padanya apa yang saya lakukan itu tidak sia-sia kerana filem tersbeut mendapat sambutan sejak hari pertama ditayangkan,” ujarnya.

Filem My Korean Teacher mengisahkan tentang seorang guru bernama Young Ung yang jatuh cinta dengan anak murid.

ARTIKEL YANG SAMA