Yinchuan mula...

Yinchuan mulakan penerbangan ke Thailand

YINCHUAN, 19 Mac – Penerbangan antara bandar Yinchuan, China dan pulau Phuket, Thailand akan bermula bulan depan, menurut lapangan terbang Ningxia.

Pesawat China Southern Airlines, mengoperasi Boeing 738, akan berulang-alik ke Thailand tiga kali seminggu bermula 10 April, dengan perhentian di bandar Zhengzhou, China.

Penerbangan menuju ke Phuket akan berlepas dari Yinchuan, bandar Rantau Autonomi Ningxia Hui barat laut China pada Isnin, Khamis dan Sabtu dan akan kembali ke Yinchuan sejam selepas tiba di Phuket. – Xinhua