YMRM sumbang ...

YMRM sumbang alat bantu ke Hospital RIPAS

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Syarikat tekstil YMRM Enterprise, kelmarin, telah menyampaikan sumbangan berupa peralatan bantuan untuk keperluan pesakit kepada Unit Fisioterapi di bawah Bahagian Pemulihan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Hadir menyampaikan sumbangan itu ialah Pengarah Pemasaran dan Hubungan Awam YMRM Enterprise, Abdul Hamid Abas.

Menurut kenyataan yang diterima, peralatan itu merupakan keperluan tertentu bagi unit berkenaan untuk membantu para pesakit menjalani proses pemulihan dan penyembuhan, dengan beberapa peralatan lain juga akan didermakan dalam beberapa bulan akan dating.

Dalam kenyataan itu juga, Pengurus Perkembangan Perniagaan syarikat, Mohd Yamin bin Abdul Hamid berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab korporat sosial tahunan syarikat berkenaan dengan harapan akan dilanjutkan ke institusi lain, terutamanya menjelang bulan Ramadan, di mana mereka akan melakukan aktiviti serupa dalam skala meluas sehingga ke setiap daerah.

Menurutnya lagi, aktiviti itu bukan saja membantu mereka yang memerlukan namun juga menggalakkan semangat kedermawanan. YMRM Entrerprise dan Galleria YMRM sudah pun beroperasi di Brunei lebih 30 tahun dan kini memiliki enam cawangan dengan satu lagi cawangan akan dibuka tidak lama lagi sempena menyambut musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Perwakilan YMRM Enterprise ketika menyerahkan sumbangan kepada Hospital RIPAS.
Perwakilan YMRM Enterprise ketika menyerahkan sumbangan kepada Hospital RIPAS.