Yoon Doo Joon semakin mendapat perhatian

PELAKON Yoon Doo Joon (gambar) kini menjadi perhatian berikutan drama terbaharunya berjudul Radio Romance sedang ditayangkan.

Ahli kumpulan Highlight ini membawa watak sebagai pelakon terkenal bernama Ji Soo Ho berjaya menawan hati penonton drama berkenaan.

Artis berusia 29 tahun itu menjadi bahan perbincangan panas netizen yang jatuh cinta dengan wajah dan karakter pelakon Radio Romance itu.

“Yoon Doo Joon buat saya tidak boleh tidur dengan nyenyak akhir-akhir ini. Saya jatuh hati dengannya.

“Saya fikir karakter dia biasa-biasa sahaja, tapi dia buat saya jatuh cinta,” ujar netizen.