YORK untuk ke...

YORK untuk keselesaan pelanggan

PETALING JAYA, 1 Julai – Hari ini, Johnson Controls, sebuah syarikat berbilang industri sedunia, memperkenalkan rangkaian baru penyaman udara melalui entiti milik penuhnya, York Malaysia Sales and Service Sdn Bhd (YMSS).

Selain penyejuk perindustrian dan unit penyaman udara komersial besar, YMSS akan turut menyediakan unit penyaman udara kediaman dan komersial ringan mulai hari ini, membawakan rangkaian produk penyaman udara yang lengkap di bawah satu entiti untuk memenuhi dengan lebih baik keperluan pelanggan yang sentiasa meningkat.

“Kami merupakan peneraju dalam pasaran penyejuk udara perindustrian tinggi. Dengan hak pengedaran tambahan untuk produk penyaman udara, pelanggan boleh yakin dengan kualiti yang konsisten serta kebolehpercayaan kesemua produk dan perkhidmatan YORK®,” menurut Pengurus Besar YMSS, Tang Siew Hao.

Sejajar dengan permintaan pasaran terhadap produk yang lebih menjimatkan tenaga dengan teknologi pembersihan udara, rangkaian produk YORK® meliputi pelbagai pilihan penyaman udara yang berinovatif dan hemat tenaga bertaraf lima bintang dengan ciri membersihkan dan melembapkan udara. Kesemua ini boleh diperoleh pada harga yang kompetitif dengan reka bentuk estetik yang senang dipadankan dengan kediaman masa kini.

Sebagai komitmen syarikat ini di Malaysia, YMSS yakin untuk mencapai sasaran pelaburan sebanyak kira-kira RM 20 juta dari 2015 hingga 2017 bagi mengukuhkan kemampuan pengendalian dan perkhidmatannya. Ini termasuk peningkatan kepada prasarana teknologi maklumat (IT) dan penubuhan pusat panggilan khidmat pelanggan.

Pelan ini juga melibatkan penggajian lebih ramai kakitangan di Malaysia, mengadakan lebih banyak program latihan menyeluruh, serta membuat pelaburan pada juruteknik dan jurutera generasi akan datang.

Tambahan lagi, sebagai peneraju penyaman udara, yang mempunyai salah satu pasukan khidmat lepas jualan profesional yang terbesar di dalam negara, YMSS ingin menyediakan khidmat lepas jualan yang cemerlang melalui ikrar perkhidmatan, seperti masa respons khidmat yang 50 peratus lebih pantas berbanding dengan penanda aras industri semasa. Buat pertama kali dalam industri penyaman udara di Malaysia, YMSS akan memperkenalkan unit ihsan bagi isu yang mengambil masa lebih dua hari untuk diselesaikan.

Selain empat pejabat dan cawangan perkhidmatan di Petaling Jaya, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu serta tiga cawangan perkhidmatan di Kemaman, Kuching serta Melaka, YMSS merancang untuk memperluas rangkaian cawangan secara sistematik di Malaysia.

“YMSS sudah berada di Malaysia sejak tahun 1988 dan hari ini, kami berada pada paras yang paling kukuh. Dengan sokongan penuh daripada Johnson Controls, kini kami mempunyai seramai 170,000 kakitangan di seluruh dunia yang boleh menyokong pasukan kami dan kami sedia untuk menunjukkan kepada pelanggan kami manfaat kehadiran kami yang lebih kukuh,” ujar Tang lagi.

ARTIKEL YANG SAMA