Yoshida wira Southampton

Yoshida wira Southampton

SOUTHAMPTON, 7 Feb – Maya Yoshida menjaringkan gol tunggal Southampton menewaskan West Ham United 1-0 pada saingan awal pagi tadi, sekali gus rekod kemenangan keempat dalam lima saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pertahanan Jepun itu itu menjaringkan gol dari jarak dekat pada minit kesembilan di St Mary manakala tuan rumah tersentak apabila Victor Wanyama dibuang padang pada minit ke-54 dalam perlawanan yang menyaksikan kekalahan kedua West Ham dalam 14 permainan.

Skud bimbingan Ronald Koeman itu diperkuatkan dengan penyertaan kembali penjaga gol, Fraser Forster yang sebelum ini berehat selama 10 bulan berikutan kecederaan lututnya pada tahun lalu, Southampton kini melalui lima perlawanan liga tanpa sebarang kekalahan atau bolos. Mereka mendaki ke kedudukan ketujuh, tiga mata ketinggalan untuk mendapat tempat ke Eropah dan dua mata di bawah West Ham yang dibimbing Slaven Bilic, serta turut menampilkan pemain pinjaman dari Nigeria buat kali pertama, Emanuel Emenike. – AFP

Aksi Maya Yoshida ketika bersaing bersama pemain West Ham United, Victor Moses ketika perlawanan Southampton menentang West Ham United. – Reuters
Aksi Maya Yoshida ketika bersaing bersama pemain West Ham United, Victor Moses ketika perlawanan Southampton menentang West Ham United. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA