Young Stars FC menang 2-0

Young Stars FC menang 2-0

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Sept – Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim menjadi wira Pasukan Young Stars FC apabila membantu menjaringkan satu gol dalam perlawanan bola sepak tujuh sepasukan ketika waktu rehat aksi Liga-S antara Brunei DPMM FC menentang Home United FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah di Berakas.

Pasukan Young Stars FC menang 2-0 ke atas Pasukan Projek Ikan Pusu B dalam perlawanan, semalam.

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim ketika berkenan beraksi menentang Projek Ikan Pusu B dalam aksi selingan semasa waktu rehat aksi Liga-S antara DPMM FC dan Home United FC. – Infofoto
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim ketika berkenan beraksi menentang Projek Ikan Pusu B dalam aksi selingan semasa waktu rehat aksi Liga-S antara DPMM FC dan Home United FC. – Infofoto

ARTIKEL YANG SAMA