‘YouTube Gaming’ jadi saingan Twitch

‘YouTube Gaming’ jadi saingan Twitch

SAN FRANCISCO, 27 Ogos (AFP) – YouTube semalam memasuki arena yang dikuasai oleh Twitch milik Amazon, dengan pelancaran satu perkhidmatan yang dikhaskan untuk permainan video popular yang dimainkan sebagai sukan penonton.

Pelancaran YouTube Gaming menandakan kemunculan pertama kali tempat dalam talian di mana pencinta permainan video boleh mencari komentar, permainan langsung, coretan berdasarkan permintaan dan lebih banyak lagi.

YouTube Gaming telah berada dalam fasa ujian sejak ia ditunjukkan pada Ekspo Hiburan Elektronik (E3) pada Jun.

“Seperti yang dijanjikan, dan selepas beberapa ujian cemerlang oleh beribu-ribu peminat permainan, YouTube Gaming kini boleh diperoleh sekarang,” kata pengurus kejuruteraan YouTube Frank Petterson dalam blog.

“Menggabung video permainan dan aliran langsung, YouTube Gaming membawa anda lebih dekat kepada permainan, pemain dan budaya yang penting kepada anda.”

Gambar fail bertarikh 17 Jun 2015 menunjukkan anggota panel perbincangan mengenai pembabitan YouTube dan streaming permainan dipanggil “YouTube Gaming” di Ekspo Hiburan Elektronik dikenali sebagai E3 di Los Angeles, California. – AFP
Gambar fail bertarikh 17 Jun 2015 menunjukkan anggota panel perbincangan mengenai pembabitan YouTube dan streaming permainan dipanggil “YouTube Gaming” di Ekspo Hiburan Elektronik dikenali sebagai E3 di Los Angeles, California. – AFP

Satu laman sesawang berbahasa Inggeris di gaming.youtube.com sedang dilancarkan di negara-negara di mana YouTube boleh diperoleh, menurut Petterson.

Beliau berkata aplikasi YouTube Gaming sedang ditawarkan di Britain dan Amerika Syarikat untuk peranti yang menggunakan perisian Apple atau Android, dengan lebih banyak negara ditambah tidak lama lagi.

“Mempunyai satu destinasi di mana anda boleh mendapatkan kesemua isi kandungan permainan adalah penting,” beritahu Ryan Wyatt, ketua perkongsian permainan YouTube, kepada AFP di E3 sementara menunjukkan tempat dalam talian untuk video langsung atau berdasarkan permintaan yang menumpu pada permainan.

“Itulah sebabnya kami mencipta ini,” kata beliau.

Video berbilion jam berkaitan dengan permainan ditonton setiap bulan di YouTube, daripada klip yang menunjukkan pemain cara-cara mengendali cabaran, kepada komentar komedi dan aksi permainan, menurut Wyatt.

ARTIKEL YANG SAMA