YouTube perkenalkan 3D 360 darjah

YouTube perkenalkan 3D 360 darjah

pg19_150725_a

ANAHEIM, Calif, 24 Julai – Youtube mengatakan ia melakukan usaha lanjut dalam realiti maya, menjanjikan untuk menambah sokongan 3-D untuk video dimainkan dalam format 360 darjah.

Pengumuman kelmarin itu datang sehari selepas pelancaran pertama iklan online 360 darjah, sebuah iklan untuk Bud Light.

Sekarang, pengguna yang menggunakan aplikasi YouTube mudah alih atau browser Google Chrome boleh menyorot dari sebarang arah dalam video 360-darjah. Video tersebut ditangkap menggunakan kamera khas yang melihat dalam pelbagai arah, dan perisian akan mencantumkan bersama semua video tersebut.

Sokongan terhadap 3-D bermakna pengguna set kepala seperti ‘Oculus Rift’ atau ‘Google Cardboard’ akan berupaya melihat imej-imej dalam tiga dimensi tatkala mereka berpusing sekeliling untuk mengubah pandangan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YouTube Susan Wojcicki mengumumkan usaha itu ketika VIdCon, sebuah persidangan tahunan untuk para peminat dan pencipta video online. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA