YSHHB Sambut Hari Raya Aidilfitri Bersama Golongan OKU

YSHHB Sambut Hari Raya Aidilfitri Bersama Golongan OKU

Oleh Salawati Haji Yahya & Siti Nur Wasmiah S.

Gambar Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Kemeriahan suasana Hari Raya Aidilfitri masih dirasakan oleh segenap umat Islam di negara ini, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah juga tidak ketinggalan untuk menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa hari ini.

Pada majlis itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan bercemar duli ke majlis itu sekali gus memberi kenangan berharga kepada tetamunya tahun ini.

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) pada tahun ini, mengetengahkan orang-orang kelainan upaya (OKU) berserta pengiring dan pembantu mereka dan ahli-ahli Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memberikan khidmat bantuan, bimbingan dan latihan kepada golongan OKU dan sukarelawan Yayasan.

Tujuan menjadikan golongan OKU sebagai peserta bagi tahun ini adalah untuk mengalihkan pandangan masyarakat umum terhadap kemampuan OKU yang tidak sepatutnya dianggap sebagai golongan yang kurang upaya tetapi golongan OKU ini patut diberikan bimbingan, didikan dan kemahiran yang sewajarnya agar menjadi individu yang berjaya dan mampu untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Di samping meningkatkan kefahaman kepada golongan OKU akan aspirasi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terhadap pentingnya tanggungjawab dan peranan semua golongan masyarakat termasuk golongan OKU untuk meningkatkan jati diri menjadi individu yang berdikari dan mampu menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.

Baginda Sultan berkenan dijunjung bergambar ramai.
Baginda Sultan berkenan dijunjung bergambar ramai.

pgm8_150806_b

Baginda Sultan berserta kerabat-kerabat diraja berkenan dijunjung menyaksikan pameran.
Baginda Sultan berserta kerabat-kerabat diraja berkenan dijunjung menyaksikan pameran.
Baginda Sultan berserta kerabat-kerabat diraja berkenan menjunjung ziarah.
Baginda Sultan berserta kerabat-kerabat diraja berkenan menjunjung ziarah.

pgm8_150806_e

Baginda Sultan berkenan beramah mesra bersama orang ramai.
Baginda Sultan berkenan beramah mesra bersama orang ramai.

pgm8_150806_h

pgm8_150806_f

Peserta pada tahun ini juga terdiri dari sebahagian ahli sukarelawan YSHHB yang terlibat aktif menyumbang khidmat bakti mereka dalam membantu melaksanakan program amal dan pembangunan sosial yang diungkayahkan oleh YSHHB.

Di majlis itu, seramai enam orang sukarelawan YSHHB yang bergiat aktif dalam menyumbangkan khidmat bakti dalam melaksanakan projek amal yang diungkayahkan oleh YSHHB telah diberikan sijil penghargaan yang mana penghargaan ini adalah sempena Sambutan Ulang Tahun ke-10 Penubuhan Sukarelawan Yayasan.

Manakala, sembilan NGO yang bertanggungjawab dalam memeduli kebajikan golongan OKU juga menerima sijil penghargaan YSHHB mereka.

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri itu turut diserikan lagi dengan tayangan video bertajuk Projek-Projek Amal Kebajikan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang memaparkan kejayaan Yayasan dalam melaksanakan projek di bawah Jawatankuasa Sukarelawan Yayasan dengan adanya komitmen yang tinggi dan sumbangan berterusan dari sukarelawan YSHHB dari awal ia ditubuhkan.

Jemputan yang hadir ke majlis itu.
Jemputan yang hadir ke majlis itu.

pgm8_150806_k

pgm8_150806_i

pgm8_150806_j

Persembahan daripada gabungan pelajar Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Taman Asuhan Kanak-Kanak, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah) serta persembahan daripada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam dan juga SMARTER Brunei telah menyerikan lagi majlis tersebut.

Selain itu, pameran yang disertai oleh 12 buah agensi iaitu tiga dari Jabatan Kerajaan dan sembilan NGO telah memberikan peluang kepada mereka untuk berkongsi maklumat dengan tetamu yang hadir di majlis tersebut.

Peluang yang telah diberikan kepada peserta untuk beramah-mesra dengan raja yang sangat dikasihi dalam majlis ini, setentunya akan memberi inspirasi dan perangsang kepada peserta dalam melaksanakan peranan mereka masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA