YTE rangkul kejuaraan bola keranjang

YTE rangkul kejuaraan bola keranjang

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Pasukan Yuan Thong Enterprise (YTE) mengotakan janjinya untuk membenam harapan Pasukan Istana Maintenance Department (IMD) untuk mempertahankan kejuaraannya dalam merebut Piala Bola Keranjang Sukan Ria Antara Syarikat 2016 yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Chung Hwa di Ibu negara, hari ini.

Babak pertama perlawanan menyaksikan perlawanan yang seimbang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan yang sering berbalas-balas serangan dan menyaksikan Pasukan YTE ketinggalan lapan mata di belakang IMD yang mendahului 18–26.

Namun corak perlawanan semakin rancak pada babak kedua dan melihat permainan semakin agresif daripada kedua-dua pihak dan menyaksikan YTE menghampiri pasukan IMD dengan mata 47–48.

Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Pasukan YTE, Benjamin Sim kejayaan mereka antara berpunca daripada faktor usia pemain IMD dan mengambil peluang keemasan itu untuk terus memberikan tekanan kepada juara bertahan itu apabila pada suku ketiga disudahi dengan mata 69–70.

Pasukan YTE bersama tetamu kehormat majlis.
Pasukan YTE bersama tetamu kehormat majlis.

Perlawanan berubah arah pada babak keempat apabila menyaksikan Pasukan YTE mula mengorak langkah menambah mata demi mata dan memaksa pemain IMD untuk melakukan banyak kesilapan dan sekali gus menghukum setiap kelekaan dengan mata yang berharga.

Wisel penamat hari ini menyaksikan pasukan juara tahun lalu terpaksa akur di tangan barisan pemain YTE yang jelas masih bertenaga dengan kemenangan berpihak di tangan YTE dengan mata 96–92.

Menurut Benjamin Sim, kejayaan mereka adalah hasil kerja berpasukan dan beliau sangat menghargai semangat juang semua warga pasukannya dan menegaskan akan meneruskan perjuangan mempertahankan kejuaraan piala bola keranjang ini pada tahun hadapan.

ARTIKEL YANG SAMA