YTM Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dianugerahi Ijazah Sarjana

YTM Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dianugerahi Ijazah Sarjana

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Sastera dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi daripada School of Oriental and African Studies, University of London.

Yang Teramat Mulia dianugerahkan ijazah lanjutan berkenaan dalam majlis penganugerahan yang telah diadakan di Logan Hall, Institute of Education, 20 Bedford Way London, semalam.

Berangkat hadir di majlis penganugerahan itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah.

YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menerima Ijazah Sarjana Sastera di Logan Hall, Institute of Education semalam.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menerima Ijazah Sarjana Sastera di Logan Hall, Institute of Education semalam.

ARTIKEL YANG SAMA