YTM Pengiran Muda Muntaqim pecah rekod

YTM Pengiran Muda Muntaqim pecah rekod

Oleh Fadhil Yunus

Gambar oleh Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 April – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat ke hari ketiga Kejohanan Renang Kumpulan Umur Brunei ke-24 di Kompleks Sukan Renang, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, hari ini.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Berangkat sama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, anakanda Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan

Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah,Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman serta cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Raqiib; Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah.

Pada kejohanan itu, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim perenang mewakili Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) menjuarai 200m gaya bebas akhir dan memperbaharui rekod kebangsaan baru bagi umur 9 tahun selepas mencatat masa 3:47.69.

Keberangkatan DYTM Pengiran Muda Mahkota dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi.
Keberangkatan DYTM Pengiran Muda Mahkota dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi.
DYTM Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan bergambar bersama anakanda-anakanda DYTM. YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim telah menjuarai acara 200m gaya bebas kumpulan umur 9 tahun lelaki.
DYTM Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan bergambar bersama anakanda-anakanda DYTM. YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim telah menjuarai acara 200m gaya bebas kumpulan umur 9 tahun lelaki.
YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah dan YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bergambar bersama anakanda-anakanda YTM.
YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah dan YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bergambar bersama anakanda-anakanda YTM.
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim menerima sijil pencapaian daripada Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi.
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim menerima sijil pencapaian daripada Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi.
YAM Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb yang juga menyertai kejohanan itu.
YAM Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb yang juga menyertai kejohanan itu.

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim juga turut serta dalam acara 50 meter kuak lentang dengan mencatat masa 56.05 saat dan memperbaiki rekod terdahulu 2:24.10 saat dalam acara 100m dengan catatan masa 2:13.10.

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim turut disertai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb dalam acara 50 meter kuak lentang lelaki 10 tahun.

Penyampaian sijil disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi.

Yang Teramat Mulia memecahkan rekod dua tahun kumpulan umur kebangsaan dalam acara 200m gaya bebas yang sebelumnya dipegang oleh Muhd Wazien Shah Mohd Edani yang mencatat masa 3:55.55 dalam Brunei Inter Club.

Pencapaian terbaru tersebut telah mendapat pujian daripada Ketua Jurulatih Sekolah Antarabangsa Brunei, Jeremy Salonga Salasibar.

“Ini kali pertama di mana Yang Teramat Mulia menyertai acara 200m gaya bebas dan memadai untuk dikatakan bahawa Yang Teramat Mulia melakukannya dengan sangat baik. Yang Teramat Mulia mengikuti rancangan dan rentak yang kami mahukan. Yang Teramat Mulia berjaya memecahkan rekod dengan catatan masa yang baik,” ujar Jeremy dalam satu temu bual.

“Kami pada awalnya bermula dengan acara-acara jarak dekat dan pada 2013 Yang Teramat Mulia berenang pada jarak 50 meter tetapi kini sudah berpindah ke acara 200m,” ujar ketua jurulatih ISB itu lagi.

Sementara itu, bintang kebangsaan Brunei Nur Haziq Samil bertanding di bawah pasukan Micia Swimming Team mengumpul tiga kemenangan dalam acara 50m kuak lentang, 200m gaya bebas dan 200m

IM bagi memperkukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang perenang terkemuka negara.

Kemenangan terbesar dalam kumpulan umur perempuan 14 hingga 15 tahun ialah bintang kebangsaan Ashley yang mewakili Kelab Rekreasi Diraja Brunei yang menjuarai acara 50m kuak lentang, 200m gaya bebas, 100m kuak kupu-kupu, 200m IM dan 800m gaya bebas.

Seramai 328 perenang dari 16 buah pasukan yang terdiri daripada perenang Negara Brunei Darussalam, Sabah, Miri dan Indonesia menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Renang Amatur Brunei dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan.